Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI, 25 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Pemulihan bekalan air di kawasan Ampang telah mencapai tahap 95.3 peratus setakat 7 pagi ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan hanya tiga kawasan iaitu Kampung Ampang Campuran, Kampung/Taman Tasek Tambahan dan Taman Sri Bayu Ampang yang berada di penghujung sistem bekalan air masih dalam proses pemulihan sepenuhnya.

“Bantuan bekalan air menerusi lori tangki terus digerakkan dengan tumpuan tiga lokasi yang masih belum pulih.

“Para pelanggan juga digalakkan untuk terus ke Pusat Khidmat Setempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor memohon kerjasama pelanggan yang telah menerima bekalan air supaya menggunakan air secara berhemat dan penggunaan air secara maksimum pada ketika ini akan melambatkan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas.

Kejadian paip pecah pada sistem paip di Rumah Pam Hulu Kelang pada Jumaat, menyebabkan 57 kawasan di Wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air sementara. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast