KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan mesej tular di media sosial berhubung berlakunya jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) yang didakwa dikesan di satu kawasan di pusat beli belah Mid Valley dan Hospital Sunway Cheras.

KKM dalam Facebook rasminya memaklumkan bahawa kedua-dua mesej tersebut adalah berita palsu dan tiada kes koronavirus dikesan di kawasan tersebut.

“Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu,” menurut kenyataan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast