SHANGHAI – Angka kematian koronavirus di China terus meningkat kepada 811 orang semalam, ketika Kerajaan China merancang bekerja semula selepas melanjutkan cuti Tahun Baru Cina.
Ia melepasi jumlah kematian akibat epidermik SARS.
Banyak bandar-bandar di China menjadi senyap sunyi hampir dua minggu lalu selepas Kerajaan China mengenakan sekatan di kebanyakan wilayah, membatalkan penerbangan, menutup sekolah dan kilang.
Malah pada hari Isnin, sejumlah besar pejabat dan sekolah masih ditutup dan banyak pekerja kolar putih bekerja dari rumah.
Kerajaan berkata, ia akan koordinasi dengan pihak berkuasa pengangkutan untuk memastikan pekerja-pekerja kembali bekerja terutama mereka yang terlibat dalam industri makanan dan ubat-ubatan.
Jawatankuasa Khas berkata, para pekerja akan kembali bekerja secara berperingkat-peringkat berbanding secara serentak dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China merekodkan 89 kematian pada hari Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan melepasi 774 kes – lebih tinggi berbanding kematian akibat SARS pada tahun 2002/2003.
Jumlah kes koronavirus yang disahkan di China pula sebanyak 37,198.
Kes jangkitan baru kali pertama jatuh pada 1 Februari lalu, di bawah 3,000 kepada 2,656 orang dan daripadanya, 2,147 kes dari Hubei – pusat koronavirus. – MalaysiaGazette