Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan Kerjasama Asia Pacifik 2020 bertajuk Sympsium Gender Maintreaming and Woman Empowerment to fight Corruption sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hotel Marriott, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA – Kehadiran semula Datin Seri Rosmah Mansor ke mahkamah dalam kes perbicaraan rasuah projek tenaga solar di Sekolah-Sekolah Sarawak menyaksikan sijil cuti sakit (MC) yang dikeluarkan oleh doktor terhadapnya tidak lagi menjadi kes siasatan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, siasatan terhadap doktor yang mengeluarkan sijil cuti untuk isteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah sekadar untuk pengesahan sahaja.

“Sebenarnya siasatan itu lebih kepada verifikasi (pengesahan) sijil cuti sakit yang dikeluarkan.. Saya tak rasa ia sebagai satu siasatan seperti diuar-uarkan di luar sana.

“Isu itu dibangkitkan di mahkamah mengenai cuti sakit yang dikeluarkan ke atas Rosmah dan isu berkaitan diskripsi ubat berkaitan penyakit yang dihadapi Rosmah serta dalam konteks itu peguam menyentuh mengenai carian Google.

“Saya rasa semua ini bertujuan untuk menolak sebarang keraguan yang timbul sebelum kami SPRM diminta mengesahkannya dan ia dilaksanakan,” katanya selepas Majlis Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan kerjasama Asia Pacific 2020 di sini hari ini.

Ditanya keputusan hasil siasatan itu, Latheefa menegaskan ia tidak labgi menjadi isu kerana Rosmah telah menghadirkan diri ke perbicaraan pada hari berikut selepas cuti sakit itu dikeluarkan doktor yang memeriksa wanita itu.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Doktor keluarkan surat cuti Rosmah disiasat SPRM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast