Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat doktor yang mengeluarkan surat cuti sakit kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh menyifatka tindakan SPRM itu sebagai cubaan menakutkan doktor berkenaan dan perbuatan tersebut langsung tidak boleh diterima.

“Doktor yang mengeluarkan MC kini sedang disiasat oleh SPRM. Ini adalah ugutan,” katanya seperti yang dilaporkan NST.

Jagjit turut mempersoalkan siapa yang mengarahkan siasatan itu dibuat kerana ia tidak mungkin dari mahkamah.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mengeluarkan arahan itu mesti memohon maaf.

Namun, pendakwa raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram menolak hujah Jagjit dan menyatakan SPRM melakukan tugas mereka.

“Sekiranya doktor berkenaan rasa dia diugut, beliau perlu membuat laporan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Jagjit menegaskan mahkamah perlu membuat keputusan mengenai perkara itu tetapi Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan mahkamah tidak akan campur tangan dan bersetuju dengan Sri Ram bahawa doktor itu perlu membuat laporan jika dia rasa takut.

Perbicaraan kes rasuah membabitkan Rosmah sepatutnya bermula pada hari Isnin lalu tetapi terpaksa ditangguhkan selepas beliau gagal muncul di mahkamah.

Jagjit memberitahu Hakim Mohamed Zaini bahawa Rosmah tidak sihat dan doktor telah mengeluarkan sijil perakuan sakit pada 2 Februari lalu.

Rosmah didakwa mengalami leher akut dan sakit sendi – kesakitan yang alaminya sejak lima tahun lalu.

Peguam itu turut mengemukakan laporan perubatan Rosmah kepada mahkamah yang mengatakan beliau dirawat di sebuah hospital swasta.

Perbicaraan itu kemudian ditetapkan pada hari ini.

Rosmah muncul di mahkamah hari ini kira-kira jam 10 pagi tadi, turut diiringi sebuah ambulans.

Rosmah, menghadapi tiga pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin bagi projek tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 buah sekolah di Sarawak. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Kelakar lh aku ph ni..benda yg kecil mcn tu pun nk ambil port…aku harap2 cpt2 lh hncur krjaan ph ni..myemak je aku tgok…

    • Yang kau tengok berpuluh-puluh kes yg sedang dihadapi oleh pemimpin umno tak rasa menyemak ke??

      Mana punya akal & hati mu

      • ko lg tak de akal..bagus tuhan bg lelaki pasangannya…semburit juga ko hadap..geli geleman aku..binatang yg tak de akal pun tak tibai juboq

      • Sejubur , sburit. Puak2 ni dan sewaktu dgn nya tggu lh jatuh nnti ph. Tahu lh langit tggi ke rendah..skrg ko bolh lh malukan krjaan dulu…krjaan ph krjaan cap ayam , krjaan blas dendam..kuasa tuhan akn mgatasi kuasa mnusia kafir..

  2. memang patut disiasat dia bukan dokter kerajaan. jagjit ni dah melampaui batas kerja. mengganggu kerja sprm.

  3. Pasal hal MC ni , cuba lah awak malaun malaun semua befikir dengan jelas dengan mata terbuka luas. Doktor adalah seorang “professional” tak kira dia dari Klinik Cerok Tokun atau HKL, jika dia ada lesen tauliah beroperasi dalam Malaysia MC yang dikeluarkan dia mesti diterima pakai sah. Apamacam jika awak balik kampung hari Raya besok nak kena mula kerja tapi hari ini awak cirit birit. Doktor paling dekat belakang rumah awak saja Dr. Selvamuthu katakan atau Hospital Besar yang berada 30km dari rumah anda dan setiap 10 minit awak akan tercirit birit sambil memandu kereta BMW baru awak. Awak tentu pilih Dr.Selvamuthu bukan? Dan bila awak balik opis awak beri MC pada boss awak tapi dia tak mahu terima dan terus membuat laporan polis atas awak dan Dr. Selvamuthu, patutkah? Itu sebab MC adalah satu alat yang berkuasa pada penerima dan pemberi sebab tak ada orang yang patut mengesyaki kesahihan MC itu selain jika aduan diterima dan dirukan pada MMA. MMAlah yang ada kuasa untuk menyiasat sesuatu aduan dan jika didapati ada pembabitan kesalahan seperti menjual MC, merekalah yang akan membuat laporan PDRM dan KKM bukan SPRM. Dalam kes ini SPRM memang ada niat mengancam ( intimidation) dan melangkaui garis panduan SPRM dan ia menunjukan yang Suruhanjaya ini tidak bebas dan mengikut petunjuk jari seseorang. Mana ada kerajaan yang telus dan saksama didunia ini? Ya kita semua ada syak Kak Mah ada berlakun sikit untuk elak hadir dimahkamah dengan MC tapi macam saya sebut tadi doktor adalah professional yang bukan calang2 orang orang boleh menyoal dia kenapa dia mengeluarkan MC untuk pesakitnya. Kita boleh waswas tapi menolak MC itu, tidak boleh! Terutama oleh SPRM atau PDRM.

Comments are closed.