Foto Instagram Datuk Afdlin Shauki

KUALA LUMPUR – Pelawak dan juga pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkongsi kenangannya berama rakan baiknya, Allahyarham Harun Salim Bachik selepas pemergian Allahyarham Abam Bocey.

Menerusi Instagram miliknya, Afdlin berkata, sebilangan besar masyarakat barangkali sudah lupa bagaimana peranan besar yang dimainkan oleh angkatan pelawak dalam menceriakan kehidupan rakyat Malaysia.

Namun, beliau yakin sejarah tidak akan terpadam buat dunia seni lawan negara ini yang pernah mencatatkan sumbangan besar rakan-rakan seangakatan dan generasi muda dalam dunia komedi.

“Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak. Sekadar selingan saja tapi oleh kerana orang macam arwah Harun Salim Bachik, arwah Din Beramboi, arwah Mr OS dan ramai lagi pelawak generasi sebelum ni, adik-adik pelawak kita hidup dalam dunia yang berbeza,” tulisnya.

Tambahnya, kerja menghiburkan hati orang dengan lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yg di hormati.

“Al-Fatihah buat semua pelawak-pelawak yang sudah pergi kerana sumbangan mereka,” kata Afdlin berkongsi suara hatinya.

Harun yang juga bekas Presiden Seniman, Harun meninggal dunia pada 8 Mac 2015.

Pemergian arwah dipercayai selepas mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak.

Ketika itu arwah dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarganya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun. – MalaysiaGazette