KUALA LUMPUR – ‘Saya boleh sahkan (yang menari) itu bukan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)’.
Demikian menurut sumber yang rapat dengan Peja mengenai penularan satu video sambutan hari lahir di lokasi seperti disko baru-baru ini.
Sumber itu juga mengesyaki ada pihak yang cuba memfitnah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak itu dengan membuat dakwaan berkenaan.
“Ya, memang bukan dia (Ahmad Faizal). Ada pihak yang rajin buat editing letak nama MB,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.
Beberapa hari lalu, tersebar satu video yang didakwa sambutan hari lahir Ahmad Faizal di media sosial.
Sambutan itu didakwa dilakukan di sebuah kelab di Ipoh.
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan seorang lelaki yang berkaca mata didakwa Pejal dilihat sedang menari di atas pentas.
Dalam video berkenaan tertera ucapan “Happy Birthday Peja”.
Peja merujuk kepada gelaran mesra Ahmad Faizal yang turun menggunakan nama @PejaofPerak di Twitter. -MalaysiaGazette