PETALING JAYA – Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga tahun.
Sinchew Daily melaporkan, keputusan itu dibuat selepas Kabinet berpuas hati dengan Lynas yang telah mematuhi tiga syarat yang ditetapkan kerajaan.
“Kabinet telah membincangkan isu Lynas pada Rabu. Sebagai kerajaan, kami perlu memastikan pelabur kekal di sini.
” Kami telah memberi penjelasan kepada rakyat, memberitahu bahawa operasi Lynas adalah selamat,” kata sumber kepaa Sinchew Daily.
Sumber itu menegaskan, kerajaan akan memastikan Lynas mematuhi secara ketat semua syarat yang ditetapkan kerajaan.
Tambahnya, keputusan Kabinet itu adalah keputusan terakhir memandangkan lesen operasi Lynas akan tamat tempohnya pada akhir Februari.
Menurut sumber itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan Kabinet tersebut.
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sebelum ini telah mengenakan tiga syarat kepada Lynas selepas memperbaharui lesen operasinya selama enam bulan
Lynas antaranya perlu mengemukakan perancangan pembinaan kemudahan pemecahan serta larut-resap di luar negara bagi tujuan pemindahan proses ke negara berkenaan.
Selain itu, Lynas juga perlu mengenal pasti tapak untuk kemudahan pelupusan kekal serta membawa residu radioaktif ke luar negara.
Lynas turut dikehendaki menghentikan penyelidikan menjadikan residu radioaktif sebagai CondiSoil dalam pertanian. – MalaysiaGazette
Rakyat Malaysia kena tipu oleh Kerajaan PH lagi
Dulu guling2 kata merbahaya
Skrg guling2 gembira, tak merbahaya
Dulu janji tutup terus
Skrg janji masyuk
Rakyat Kuantan dan semua NGO2 yang menipu dulu
Skrg semua muka tebal tak tau malu
Yang dah jadi YB tu memang muka tembok
Kerajaan PH sama juga dengan Kerajaan Penipu rakyat. Paling win nanti Rakyat dipersalahkan jika ada masalah kemudian hari.
Omaigod, this is ridiculous