Kirkuk, IRAQ – Pangkalan tentera Amerika Syarikat di utara Iraq dibedil roket tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan itu berlaku genap 40 hari kematian Jeneral Pengawal Revolusi Elit Iran, Qassem Soleimani.

Bedilan di pangkalan yang dikenali sebagai K1 itu berlaku sekitar jam 8.45 malam.

Serentak itu, pesawat udara Amerika Syarikat kelihatan terbang rendah di kawasan berhampiran.

Insiden itu adalah kejadian kedua selepas seorang rakyat Amerika Syarikat maut pada bulan Disember lalu dalam serangan yang sama.

Washington mendakwa Kataib Hezbollah yang disokong Iran bertanggungjawab atas serangan itu.

Susulan kejadian itu, Amerika Syarikat melancarkan serangan yang membunuh 25 orang.

Beberapa kemudian, Amerika Syarikat melancarkan serangan yang membunuh Soleimani. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast