KUALA LUMPUR – Usahawan berjaya yang juga pengasas kicap terkenal jenama Jalen, Datuk Abdul Jalil Long meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru petang tadi.

Allahyarham yang mencipta sendiri ramuan kicapnya memulakan perniagaan perasa makanan itu pada tahun 1981 dengan menubuhkan syarikat kecil bernama Jalil Entreprise.

Ketika itu jenama kicapnya dikenali sebagai Habhal.

Pada tahun 1988, Jalil menubuhkan pula sebuah syarikat baru yang dinamakan Syarikat Jalen Sdn Bhd dan sejak itu beliau menamakan kicapnya dengan nama Jalen.

Memandangkan penerimaan dan sambutan hebat masyarakat terhadap kicapnya, Jalil mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuat pelaburan sehingga berjuta ringgit.

Ia bagi membolehkan kilangnya menggunakan alatan seperti mesin teknologi yang canggih untuk meningkatkan dan seterusnya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin tinggi bagi kicap jenama tersebut.

Jalil juga kemudian menambahkan lagi produknya selain daripada kicap.

Antaranya sos cili, kicap manis, sos tomato yang berperasa tiram, cuka buatan, taucu masin dan kordial.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan pada malam ini di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh, Johor Bahru- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Takziah kepada kaum keluarga Allahyarham. Siapakah waris yang mengambilalih perniagaan ini. Adakah ia secara hibah atau faraid. Jika faraid mungkin bertahun tak selesai kerana ada kemungkinan waris-waris berebut nak harta pusaka daripada minat nak meneruskan perniagaan ini.

    Ia sebagai pengajaran kita semua. Cara yang terbaik ialah membuat hibah perniagaan. Klik untuk lebih info…

Comments are closed.