Jahaberdeen Mohamed Yunoos

KUALA LUMPUR – Kumpulan bekas penjawat awam kanan dikenali G25 hari ini mendesak polis mengambil tindakan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di bawah Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Peguamnya, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, ini kerana kata-kata Abdul Hadi yang ‘menyerang’ G25 boleh memberi kesan buruk dan menjejaskan kredibiliti kumpulan yang didakwa dianggotai oleh sekumpulan intelek.

“Mereka khuatir kata-kata yang dilontarkan oleh Haji Hadi boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu dan mengakibatkan kesan buruk kepada nama baik mereka.

“Jadi, semua ini akan beri kesan kepada keselamatan G25. Itu sebabnya kami kena buat laporan polis.

“Kalau kata-kata itu tak berikan kesan buruk dan sebagainya, mereka takkan buat pun laporan polis sebab mereka ini golongan intelektual yang cuba nak perbaiki pentadbiran Islam di Malaysia,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Pada 17 Januari lalu, Abdul Hadi melalui Harakah Daily didakwa berkata, kumpulan G25 merupakan makhluk perosak, jahil dan bebal serta lebih bahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.

Noor Farida Mohd Ariffin
Jurucakap Kumpulan G25, Noor Farida Mohd Ariffin

Sementara itu, jurucakap G25, Noor Farida Mohd. Ariffin berkata, serangan Abdul Hadi disifatkan tidak adil kerana ia didakwa dilakukan sebelum meneliti dan memahami isi kandungan laporan mereka terlebih dahulu.

“Dia (Abdul Hadi) telah kata macam-macam terhadap kami dan serangan itu tidak adil sebab nyata sekali dia tak pernah membaca dan salah sangka mengenai isi kandungan laporan kami.

“Kandungan laporan itu bukan akidah Islam, tapi adalah satu laporan serta kajian terhadap pentadbiran Islam di Malaysia khususnya melihat kepada peranan dan fungsi Jakim,” katanya.

Noor Farida juga kesal gelaran yang diberikan Abdul Hadi terhadap kumpulan itu agak keterlaluan sedangkan mereka adalah bekas penjawat awam yang sebelum ini mempunyai perspektif kerjaya masing-masing.

“Bagaimana dia dapat membandingkan kami dengan kumpulan pengganas yang melihat tentera dan membunuh anggota polis serta pegawai tentera?

“Dia kata kami lagi teruk dari al-Maunah. Sebab itu kami mahu dakwa dia di bawah Kanun Keseksaan kerana memfitnah kami,” katanya.

Ditanya tentang kesediaan G25 sepentas menyelesaikan dakwaan itu dengan Abdul Hadi, Noor Farida menegaskan, laporan kumpulan itu tidak menyentuh akidah umat Islam sebaliknya menegur pentadbiran Islam semata-mata.

“Laporan ini bukan pasal agama, (tapi) pasal pentadbiran agama. Ini dua perkara yang berbeza. Kami sokong sangat polisi kerajaan untuk mempromosikan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin,” katanya lagi. MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

G25 lebih bahaya berbanding Al Maunah – Hadi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kumpulan intelak ke kumpulan perosak agama n bngsa..g25 ni ngo rosak, jahil bab agma , dah tua2 tak plulh nk tubuh ngo yg tambah dosa ya..lbh baik tua2 duk rmh , byk kn amalan kn bgus..aku tgok puak2 ngo g25 ni srang je…tak sdr diri dah tua2 pun, tak insaf2 lg. Kn bgus tbuh ngo geng pergi masjid..

  2. AKU JUGA CAKAP BENDA SAMA TGHHA N SENADA DENGAN YANG LAIN,G25 PEROSAK AGAMA ISLAM N MELAYU,WAJIB D HAPUSKAN.JOM BANGKIT SEMUA RAKYAT 22022020 INI,.WAJIB G 25 D HARAMKAN,TAK ADA SIAPA NAK GUNA PAKAI CAKAP IBLIS BETINA N SYAITAN2 DALAM TU..

Comments are closed.