SHAH ALAM – Otai Reformis dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) memberikan amaran kepada Menteri Besar Selangor agar tidak mengikuti jejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan status tanah hutan simpan di negeri ini.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail, Datuk Seri Amiruddin Shaari tidak perlu gopoh membuat sebarang keputusan berhubung cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

“Status tanah di hutan simpan itu pernah ditukar pada tahun 1994 sewaktu pentadbiran BN iaitu sebanyak 1,000 ekar sejak ia diwartakan pada tahun 1927.

“Kamu baru sahaja sudah nak mansuh lebih 2,000 ekar. Adakah kerajaan negeri Selangor nak pecahkan rekod UMNO dahulu? Ini dua kali ganda banyaknya,” katanya selepas penyerahan memorandum bantahan terhadap kerajaan Negeri Selangor terhadap pemansuhan status hutan simpan Kuala Langat Utara di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Abdul Razak berkata, sekiranya pemansuhan tanah itu direalisasikan sudah pasti akan menjejaskan perjalanan politik Amirudin pada PRU-15 nanti.

Pada 5 Februari lalu, Jabatan Perhutanan Selangor mengeluarkan iklan untuk mengeluarkan keluasan itu dari kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Dalam pada itu, Otai Reformis memberikan tempoh tujuh hari kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk menarik balik notis tersebut dan memperhalusi penyelesaian terbaik mengenainya.

Malah sekiranya tidak tindakan lanjut, Otai Reformis akan menggerakkan demonstrasi aman dan sekatan di hadapan bangunan Kerajaan Negeri Selangor sebagai isyarat bantahan terhadap cadangan itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast