BEIJING – Jualan kereta di China merudum 92% pada separuh pertama bulan Februari berikutan penularan wabak koronavirus.
Penyusutan ini disebabkan penutupan operasi oleh wakil-wakil pengedar dan pembeli juga menjauhkan diri dari tempat awam.
Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) berkata, jualan kereta seluruh negara menjunam 96% pada minggu pertama bulan ini kepada purata 811 buah.
Oleh itu, CPCA berharap keadaan bertambah baik apabila semakin banyak bilik pameran dibuka semula.
“Tiada jualan kereta pada minggu pertama bulan ini kerana kebanyakan orang tinggal di rumah,” kata Setiausaha Agung CPCA, Cui Dongshu.
Namun, wakil-wakil jualan sudah mula bulan ini dan berhadap jualan akan bertambah baik pada minggu separuh kedua bulan ini.
Geely baru sahaja melancarkan perkhidmatan ‘tanpa hubungan’ bagi membolehkan pelanggannya mmebeli kereta secara atas lain dan syarikat akan menghantar terus kereta yang dibeli.
China adalah pasaran terbesar kereta dunia, menjual lebih 21 juta kereta tahun lalu menurut Statista.
Manakala Amerika Syarikat adalah pasaran kedua terbesar.
Bagaimanapun, sebelum penularan koronavirus, jualan kereta di China menurun disebabkan kelembapan ekonomi dan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette