Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman selepas sidang media Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 21 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peralihan kuasa antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan berlangsung selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC ) tetapi terpulang kepadanya sama ada mahu melepaskan jawatan tersebut atau pun tidak.

Menurut Perdana Menteri, tiada tarikh atau masa yang spesifik ditetapkan untuk proses peralihan kuasa itu mengambil tempat sambil menegaskan keputusan tersebut diputuskan oleh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara.

Katanya, sepanjang mesyuarat berlangsung terdapat dua pendapat mengenai peralihan kuasa itu, namun beliau berbangga kerana pada akhirnya semua diserahkan kepadanya.

“Terpulang kepada saya kalau nak lepas atau tidak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Yayasan Kepimpinan Negara (YKP) di sini malam ini.

Menurut Dr Mahathir, beliau beryukur kerana kepercayaan yang telah diberikan kepadanya berhubung perkara tetsebut. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. Tiada tarikh spesifik untuk penyerahan kuasa selepas APEC! Selagi mahu dan punyai kudrat, terpulang kepadanya sama ada mahu melepaskan jawatan tersebut atau pun tidak. Itu yang difahami!

    Ini perlu dijelaskan kepada otai2 reforbasi sejelas2nya dan diharap mereka faham! Ia mengambarkan tiada lagi tempat untuk presiden mereka menjadi PM.

Comments are closed.