Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kehadiran Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hadir di Hotel Sheraton Petaling Jaya dekat sini yang menjadi lokasi mesyuarat beberapa pemimpin PKR menguatkan lagi desas-desus berlakunya ‘kerajaan baharu.’

Ketika ditemui wartawan, Ku Nan berseloroh yang kedatangannya kerana mahu meminum kopi.

Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan hadir pada Mesyuarat tergempar pemimpin rata-ratanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. foto HAZROL ZAINAL, 23 FEBRUARI 2020.

Tidak lama selepas itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula datang dan berkata, kehadirannya kerana dipanggil namun tidak begitu pasti intipatinya pertemuan.

Sambil tersenyum beliau berkata; “Sabar dulu.”

Turut kelihatan ialah bekas ahli seumur hidup PKR, Chegubard.

Wartawan MalaysiaGazette difahamkan lebih ramai pemimpin UMNO dan Pas akan tiba di Hotel Sheraton malam ini.

Sumber-sumber berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih berada di Istana Negara kini dan akan menyusul ke hotel yang sama tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri pula mengatakan tidak ada sebarang sidang media tergempar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas tular dalam kalangan wakil media yang Perdana Menteri akan membuat sidang media di Hotel Sheraton malam ini.

Kemungkinan besar, sidang media akan dibuat oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mesyuarat tergempar geng Azmin, bakal keluar PKR?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast