Mesej itu mempelawa orang ramai hadir menyatakan sokongan dan memohon perlindungan daripada sebarang “kejahatan” yang berkemungkinan berlaku.

KUALA LUMPUR – Satu mesej tersebar yang meminta para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke kediaman Presiden PKR di Segambut di sini malam ini.

Mesej itu mempelawa orang ramai hadir menyatakan sokongan dan memohon perlindungan daripada sebarang “kejahatan” yang berkemungkinan berlaku.

Ia dikaitkan dengan desas-desus penyusunan semula politik yang boleh menamatkan komposisi semasa parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Laman Facebook rasmi PKR dalam satu makluman memberitahu, kesemua “rakan seperjuangan parti” diminta berkumpul di kediaman Anwar di Segambut bermula jam 6 petang ini.

“Kita mohon doa, zikir dan Selawat Nuril Anwar agar diberi perlindungan daripada segala kejahatan dan dipermudahkan segala urusan,” kata makluman itu dengan tanda pagar #mohonpetunjuk, #selawatNurilAnwar dan #Untuksemua.

Majlis ceramah agama atau dinamakan Nuril Anwar itu memang diadakan setiap Ahad sebelah malam.

Dalam masa yang sama, ada juga pihak mendakwa Anwar dan para penyokongnya sudah dikatakan pergi ke Istana Negara sejak petang tadi bagi mengadap Yang Dipertuan Agong.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Baru nak ingat Allah? Dasar munafiq… Barua kafirin. Time bersemburit, berjoget sakan, kat mana Allah korang letak?

    Piiiraaaah mabok…

Comments are closed.