Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan telah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk gabungan parti baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

Bercakap kepada portal The Malaya Post, Najib berkata, beliau dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang lain sudah bersetuju dengan gabungan baharu tersebut bagaimanapun meletakkan syarat tertentu.

Namun begitu, tiada penjelasan lanjut mengenai syarat-syarat tersebut, dilaporkan.

“Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat,” katanya.

Perikatan Nasional bakal dianggotai oleh Bersatu, UMNO, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sekali gus menyaksikan PKR, DAP dan Amanah terkeluar daripada gabungan terbaharu itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bgus dap n pan parti tak bloh buat shbat..parti hncur kn pkatan..dah lh bodoh , tak tahu apa yg dia org buat, jadi mntri tapi pagar yg mereka rasmi kn..hihi apa punya mnteri cap ayam lh

Comments are closed.