Istana Negara

KUALA LUMPUR- Kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard mula kelihatan memasuki Istana Negara kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Dianggarkan lebih 20 kenderaan yang biasa digunakan orang kenamaan (VIP) itu sambil diiringi polis pengiring dilihat memasuki kawasan istana  bukan melalui pintu utama.

Kira-kira jam 4.30 petang tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah  Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelihatan tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter

Baginda sebelum itu menghadiri sebuah perlawanan golf di Shah Alam, Selangor.

Sekumpulan media juga telah berkumpul di hadapan Istana Negara sejak awal petang tadi selepas khabar angin mengatakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan dan barisan kabinet baharu.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Semoga Parlimen DIBUBARKAN UNTUK MENGEMBALIKAN MANDAT UNTUK MEMILIH KERAJAAN KEPADA RAKYAT!!!

Comments are closed.