Sebahagian penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat maghrib pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hadir di kediaman Presiden PKR di Segambut malam ini.

Kehadiran itu dijangka semakin meningkat ekoran desas-desus penubuhan kerajaan baharu gabungan PPBM dan pembangkang hari ini yang secara tidak langsung membelakangnya.

Rata-ratanya kelihatan sayu seolah-olah bersedih.

Sebahagian penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat maghrib pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 FEBRUARI 2020.

Sebahagiannya hadir bagi menyertai Majlis Zikir Nuril Anwar yang memang diadakan setiap kali Ahad di kediaman Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Selain itu, malam ini tetamu khas majlis berkenaan ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Selain solat Mahgrib dan Isyak berjemaah, bacaan bacaan Yasin dan solat hajat juga diadakan.

Tazkirah juga dilakukan oleh Wan Salim dan Anwar.

Bagaimanapun tidak ada sebarang ucapan atau perhimpunan diadakan di kediaman Anwar berkenaan tindakan mengemparkan sebahagian parti politik itu setakat ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mesej pelawa hadir rumah Anwar, sokong Presiden PKR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Banyak la ko punya sayu… Masa berjoget sakan atas pentas mcm mabok todi, x sayu? Piiiraaahhh mabok…

Comments are closed.