Kenderaan yang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 24 FEBRUARI 2020

SERI KEMBANGAN – Empat pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di sini, hari ini.

Keempat-empat pemimpin itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Mereka dipercayai mengadakan perbincangan sebaik keempat-empat mereka tiba di kediaman Perdana Menteri di Seri Kembangan.

Wan Azizah, Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu dilihat masuk ke kawasan kediaman Pengerusi PH itu kira-kira jam 10.45 pagi.

Ia dipercayai bagi membincangkan hala tuju pakatan tersebut selepas beberapa siri mesyuarat melibatkan parti politik di negara ini berlangsung semalam.

Keempat mereka hari ini gagal bertemu Dr Mahathir di Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada pagi tadi. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.