KUALA LUMPUR – Ura-ura pembentukan kerajaan Persekutuan melalui gabungan baharu parti-parti politik tertentu secara ‘pintu belakang’ adalah pengkhianatan kepada aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.
Ini kerana, pemimpin kleptokrat yang ditumbangkan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kini telah direncanakan kembali untuk meneraju kerajaan tanpa mandat rakyat yang sah.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku pasti akan menjadi sejarah hitam kepada sejarah politik negara, apabila hasrat rakyat yang mahukan perubahan telah disia-siakan oleh Perdana Menteri sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Lebih menyedihkan, rakyat mengharapkan tidak timbul sebarang langkah “politiking” selepas berakhirnya Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat lalu.
Sedangkan, katanya, rakyat mahukan kerajaan kini memberi tumpuan kepada usaha pembangunan negara dan reformasi institusi di samping memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi secara holistik.
“Namun, tanpa sebarang sebab yang kukuh, langkah politicking seperti yang dipamerkan oleh para politikus Malaysia semalam adalah suatu yang jelas tidak bermoral dan melanggar konsensus nasional,” katanya dalam satu kenyataan.
Jika perancangan “pintu-belakang” ini berlaku, pastinya akan berlaku konflik berterusan yang menyebabkan sosio-politik negara terus terumbang-ambing dan tidak stabil.
Malah, negara juga semakin bergoncang jika rejim kleptokrat diangkat semula, seterusnya menjauhkan lagi para pelabur daripada kerajaan yang tidak dipercayai.
Berikutan itu, ABIM menggesa bahawa adalah lebih baik Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menangguhkan sebarang usaha “pintu-belakang” sehingga 09 Mac 2020.
“ABIM berpandangan supaya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyerahkan kepada Parlimen untuk menentukan sekiranya berlaku sebarang perubahan kepemimpinan negara.
“Penentuan menerusi sidang Parlimen ini adalah penting untuk memastikan penubuhan sebarang kerajaan baharu (sekiranya bakal berlaku) dilihat telus dan demokratik apabila ia diputuskan dalam platform rasmi yang dimandat oleh rakyat.
“Ia juga penting bagi menjarakkan Istana dari pergelutan politik ekoran dari permainan pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Bubarkan parlimen sjlah kalau tak puas hati.Kita nak lihat adakah PH diterima kembali oleh Rakyat?
Komentar budak kanyiaq , hala tuju dia pun berkiblat Anwar , politikus yg diragui rakyat Malaysia . Tunggu lah , kera jaan pun dah bungkus . Nt perkembangan lanjut .
Kini dah terlihat peribahasa yg selalu di ungkap kan gajah sama jagah bertumbuk pelanduk yg tesepit di satiap pelusuk.