|Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.

Namun begitu, menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali, baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan
menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.- MalaysiaGazette

Dr. Mahathir sah letak jawatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast