Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO redha untuk kekal sebagai pembangkang jika DAP ada bersama kerajaan baru yang ditubuhkan nanti.

Penegasan itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, perjuangan UMNO akan diteruskan dan itu adalah prinsip yang tiada tawar menawar.

“Sesiapa pun yg buat kerajaan,tetapi kalau bersamanya ada DAP,maka UMNO redha utk KEKAL SBG PEMBANGKANG…dan perjuangan kami tetap kami teruskan..INI PRINSIP YG TIADA TAWAR MENAWAR!!,” katanya menerusi Twitter.

Sebelum itu, Annuar berkata, beliau setuju sangat dengan pandangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyatakan akan menyokong pakatan baru di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri James Masing.

Bagaimanapun, menurut Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, sokongan itu hanya jika kerajaan baru dibentuk tanpa DAP, biarpun GPS bukan sebahagian pakatan.

“Kami bersetuju untuk bersahabat dengan Pakatan Nasional atau apa pun namanya, tapi kami bukan sebahagian daripadanya,” katanya yang dipetik Malaysiakini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. HAIRAN YER….

    MENGAPALAH YANG SUKAR SANGAT UMNO “MERIHATKAN KEAHLIAN” PEMIMPIN2 YANG TERLIBAT DENGAN KES2 MAHKAMAH SEHINGGA MAHKAMAH MEMBEBASKAN MEREKA.

    SEKIRANYA PERKARA TERSEBUT DIAMBIL, ADALAH DIYAKINI KEMELUT POLITIK TANAHAIR SEPERTI YANG DIHADAPI SEKARANG MUDAH UNTUK DILERAI DAN KEWUJUDAN UMNO DAPAT DI TERIMA BAIK OLEH SEMUA PIHAK

  2. Punca dari ketidakpastian dalam politik negara saat ini adalah perbuatan jenayah yg patut dikutuk oleh rakyat Malaysia.

    Ianya khianat yg tak boleh dimaafkan.
    Terutama kepada azmin ali & zuraida.

    Semoga Allah memberikan balasan@bala yg terbesar kepada mereka ini.

Comments are closed.