KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meninggalkan kediaman ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut Dalam, Segambut pukul 10.50 pagi.
Ketika meninggalkan kediamannya, wartawan yang berkumpul di luar kediaman Anwar cuba mendekati Proton X70 untuk mendapatkan perkembangan terkini namun kenderaan yang dinaikinya namun terus memecut meninggalkan kediaman tersebut.
PKR dijadual mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas pada pukul 12 tengahari ini. – MalaysiaGazette