TERKINI : Ada Gerombolan Yang Mahu Rampas Kuasa – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak akan tunduk kepada gerombolan yang hendak mengkhianati amanah rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Presiden PKR bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tiba di ibupejabat PKR di sini kira-kira jam 12.40 tengah hari menjelaskan, beliau terkesan dengan sikap dan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perubahan yang dilakukan.