Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melambai ke arah petugas media ketika tiba di kediamannya Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pulang ke kediamanya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri itu tiba di rumahnya di Bukit Segambut kira-kira pukul 4.45 petang dengan menaiki kenderaan rasminya diiringi polis pengiring.

Beliau sempat menurunkan cermin keretanya dan melambai tangan ke arah lebih 20 orang pengamal media, termasuk jurufoto dan juurkamera tempatan, yang menunggu di hadapan kediamannya sejak pukul 7 pagi lagi.

Namun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan dan masih berada di Ibu Pejabat PKR di Tropicana Square, Petaling Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast