Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perak masih berfungsi seperti biasa.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanah dan kekal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga masih menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa.

“Saya telah menyembah maklum berhubung kedudukan politik negara dan negeri kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette