PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Ketetapan itu diumumkan dalam sidang media khas Pakatan Harapan yang dihadiri oleh Anwar dan barisan kepimpinan DAP serta PAN iaitu Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu.
Turut hadir veteran DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin kanan ketiga-tiga parti.
Sidang media yang sepatutnya dibuat pada pukul 4.30 petang ditangguhkan bagi menunggu perutusan khas Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.
Anwar berkata keputusan itu dicapai dalam Majlis Presiden semalam kerana Dr Mahathir telah meletakan jawatan sebagai Pengerusi PH dan tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan.
“Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun
tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.
“Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial. Kami tidak akan mengkhianati amanah ini,” katanya.
Dalam pada itu, PH sebulat suara tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.
Ekoran cubaan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang, membuatkan Dr Mahathir meletakan jawatan sebagai PM.
“Keputusan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan pada Isnin lalu disusuli peletakan jawatan Tun sebagai pengerusi Bersatu.
“Kerajaan tersebut terbentuk sebagai sebuah gabungan yang diikat dengan Muafakat
Pakatan Harapan yang telah dicapai pada 7 Januari 2018; diikuti pelancaran Buku Harapan (Manifesto) Pakatan Harapan pada 8 Mac 2018.
“Di atas asas ini lah Pakatan Harapan dibentuk, diberi mandat oleh rakyat dan menjalankan amanah sebagai kerajaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Dua-dua gila kuasa dan rakyat sudah muak. Bubar parlimen dan serah kuasa pada rakyat. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa. Kesianilah rakyat yang menderita di luar sana. Kerajaan dahulu begitu prihatin terhadap penderitaan rakyat.
Apabila pakatan runtuh maka tak ada lagi janji boleh ditagih kerana dgn sendirinya semua janji terbubar.
“Maka oleh kerana itu, saya cadankan diri saya sendiri sebagai PM. You suka?”
Muntah kunyitlah jawabnya…
Harap pihak pengurusan Sungei Buloh-Inn dapat menyiapkan bilik2 untuk menyambut tetamu2 VIP dengan segera.
Dijangkakan sebuah keluarga yang terdiri dari Atok dan anak2, kaum kroni2 akan membuat tempahan besar2an tidak berapa lama lagi!
Teringat kata2 #you ulang I saman! Kah..kah..kah…
gila babi lah diorang ni..semalam sokong Mahathir..lepas tu depa tunggu PAS & UMNO tarik sokongan terhadap Mahathir..depa tukar pendirian plak sokong Anwar…celaka betul parti2 ni
Dah collapse pun masih nak kencing lagi, tidak insaf-insaf geng ini. Sekejap kata sokong Tun, pastu sokong diri sendiri pula, dan-dan kata Tun tidak datang mesyuarat, padahal LGE siap jumpa Tun lagi suruh teruskan projek. Memang kaki Pakatan Hancing.
anwar telah mencalonkan anwar sebagai PM
semua puter belit cakap tak serupa bikin