P. Ramasamy

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy berterusan melahirkan rasa tidak senangnya terhadap segelintir individu yang menjadi penyebab krisis kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai itu menuding jari kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-duanya  dilihat punca menyebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dalam kerajaan dan Bersatu.

Malah Ramasamy menuduh Mohamed Azmin sebagai seseorang yang tidak mempunyai integriti kerana sanggup ‘duduk semeja’ untuk bekerjasama dengan UMNO dan Pas.

“Azmin sebenarnya tiada integriti. Setelah berjuang begitu keras untuk menumbangkan UMNO dan Pas setelah beberapa dekad, Azmin sanggup pula untuk bergabung, bekerjasama dengan mereka.

“Hanya kerana Azmin tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?

“Akhirnya tamak kuasa, ego telah menjadikan Azmin yang satu ketika dahulu seorang pengikut setia Anwar untuk mengetuai gerakan peralihan ini.

“Apa yang menjadi persoalan bagaimana Azmin boleh menyakinkan Muhyiddin adalah sesuatu masih lagi tidak terjawab sehingga kini,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Semalam, Ramasamy sekali lagi membela dan memuji Mahathir pada masa sama dengan mendakwa Perdana Menteri Interim itu bukanlah disebalik dalang penggabungan UMNO, Pas itu.

Menurut Ramasamy, isu peralihan kuasa itu sepatutnya sudah selesai pada malam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapa  apabila sudah sebulat suara membiarkan Mahathir sahaja yang membuat keputusan peralihan kuasa mengikut kehendaknya.

“Jadi apakah keperluan untuk Azmin bersama konco-konconya termasuk Bersatu untuk melakukan percubaan menubuhan kerajaan dengan tiada penyertaan DAP, Amanah dan PKR?” soalnya.

“Mengapa ada langkah drastik dan pengkhianatan seperti ini yang akhirnya membawa masuk UMNO dan Pas pula? Saya tidak pasti tentang penglibatan Mahathir dalam hal ini tetapi pastinya kedua-dua pemimpin ini mahu Mahathir hadir majlis di Sheraton Ahad lepas.

“Adakah beberapa insiden yang berlaku beberapa hari lepas sejak Ahad lepas itu satu kebetulan atau cubaan untuk manipulasi Mahathir? Siapakah sebenarnya pengkhianat dalam krisis ini,” soalnya. –MalaysiaGazette

Kini Ramasamy puji Tun M tinggi melangit 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sudahlah India dari DAP ni.Anda srmua bukan sahaja tiada integriti tetapi juga langsung tidak boleh dipercayai.Berkuburlah DAP selepas ini.

Comments are closed.