P. Ramasamy

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sebelum ini lantang mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad terutama isu supaya tarikh berlakunya peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuktamadkan.

Bagaimanapun, hari ini Ramasamy yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai memuji pula Mahathir.

Beliau menganggap Mahathir seorang yang tinggi prinsipnya walaupun ketika berhadapan dengan kejatuhan kerajaannya sendiri.

“Apa sahaja yang hendak dikatakan, beliau, Mahathir seorang ahli politik senior serta veteran yang tetap berpegang tinggi pada prinsipnya walaupun tatkala kejatuhan kerajaan pada masa ini.

“Sebenarnya Tun Mahathir kembali ke dalam era politik sekali lagi kerana mahu menumbangkan UMNO yang ternyata terpalit dengan isu rasuah sehingga hampir bankrapnya negara ini.

“Hakikatnya Tun Mahathir sangat jelas dengan objektif beliau tidak akan sesekali bersama-sama UMNO namun ini adalah sesuatu yang telah disalah tafsir oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya yang lebih berhasrat untuk membunuh karier politik Anwar.

“Walaupun pembentukan gabungan politik yang baru kononnya untuk mengekalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri, hakikatnya bukanlah kumpulan ini mempunyai rasa sayang terhadap Tun Mahathir,” tulisnya dalam Facebook beliau hari ini.

TERKINI : Saya Tak Pikir Tun Adalah ‘DALANG’ – P. Ramasamy

Semalam Ramasamy memberitahu media, tidak mungkin Mahathir ‘dalang’ di sebalik segala masalah dan usaha pembentukan kerajaan baharu tanpa DAP, Amanah dan PKR.

Beliau turut menyatakan rasa terkilan dengan tindakan Mahathir yang meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan merasakan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tak rasa Mahathir adalah mastermind benda ini, kenapa dia nak letak jawatan (PM),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Tulis Ramasamy lagi, Mohamed Azmin sebenarnya bercita-cita tinggi sehingga mempunyai hasrat untuk menjadi perdana menteri dan beliau cuba membawa masuk Pas dan UMNO yang mahu bersama-sama berkuasa.

“Sesiapa yang hadir majlis pada Ahad lepas sebenarnya termakan janji yang sungguh manis seperti madu serta mempunyai harapan tinggi memegang tampuk kuasa.

“Bagaimanapun, hakikatnya Mohamed Azmin mungkin boleh mendapatkan ‘angka’ dengan menggabungkan kumpulan ini, sebenarnya selepas ini beliau tidak boleh sesuka hati mempergunakan nama Mahathir seperti sebelum ini.

“Sememangnya bagi Mohamed Azmin, kelangsungan politik satu perkara penting tetapi tidaklah sehingga tidak menghormati sesiapa dan memusnahkan mandate rakyat yang mengundi untuk kerajaan ini.

“Saya sememangnya tidak pasti adakah rakyat Malaysia akan menunggu dengan penuh harapan satu perubahan yang disebut itu namun bagi memaafkan mahupun melupakan pengkhianatan oleh Mohamed Azmin serta konco-konconya itu mungkin tidak,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Tun M tak mahu kerjasama dengan UMNO – Guan Eng

DAP calonkan kembali Tun M jadi PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Kau cetus rusuhan kuil Seafield kan?
    Kau lepas pembunuh Adib kan?
    Kau tolak Jawi kan?
    Kau angkat tulisan Cina dalam urusan rasmi kerajaan kan?
    Kau jijik dengan gelaran Dato’ dari Sultan kan?
    Kau nak Melayu berpecah kan?
    Kau nak Malaysian Malaysia kan?
    Kau nak sama rata semua bangsa kan?
    Kau nak perkasa SJKC kan?
    Kau nak bebaskan LTTE kan?
    Kau nak gadai aset Melayu kan?
    Kau nak ekonomi Melayu lemah kan?
    Kau nak pesta arak Oktoberfest kan?
    Kau nak UEC kan?
    Kau nak iktiraf ICERD kan?
    Kau abaikan Hak Keistimewaan Melayu kan?
    Kau abaikan Islam agama rasmi Persekutuan kan?
    Kau bawa balik abu Chin Peng kan?
    Kau tambah-tambah hutang negara kan?
    Kau tekan rakyat dengan cukai-cukai baru kan?
    Kau tipu manifesto kan?
    Kau tekan peniaga-peniaga kan?
    Kau tambah lagi saman AES kan?
    Kau suruh rakyat minum sawit kan?
    Kau sebar pemikiran liberal kan?

    Sekarang apa kau nak cakap?

    Semua kejahatan dan kezaliman ini antara penyebab turunnya bala dari Allah swt berupa ancaman virus dan kejatuhan ekonomi. Sebuah ungkapan bijak dalam bahasa Arab berbunyi,

    ما نزل البلاء إلا بذنب وما رفع إلا بتوبة

    “Setiap bala yang turun disebabkan oleh dosa, dan tidak akan terangkat kecuali dengan taubat”

  2. x hbis2 umno,bosan…cube ngaku,bnde ni jd sebab kesilapan diri sendiri,kalau ph dpt balik tampuk pemerintahan skli lg,akan sama mcm sebelum ni,korang x belajar dr kesilapan,apa beza bn dgn ph,bn kalah dia mengaku,buat silap sblm ni,x slhkn geng lain,ph dr hr petama jd kerajaan,sampai hri ni duk salahkan umno

  3. Lebih baik kau fikir kan lepas ni kemana kau nak menyorok…melangit apa pun pujian kau rakyaat tp x akan sokong kau dah

Comments are closed.