Sebahagian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menaiki bas semasa hadir untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Jika semalam kumpulan ahli parlimen Muafakat Nasional menaiki bas nampak kumpulan Pakatan Harapan (PH) hari ini juga menaiki bas pergi ke Istana Negara.

Pagi ini sebuah bas persiaran pelancong membawa lebih 40 ahli Parlimen PKR kira-kira jam 10.30 pagi tadi bagi sesi temubual dengan Yang di-pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Antara yang menaiki bas persiaran dua tingkat itu menghadiri sesi temubual bersama YDPA termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menaiki bas semasa hadir untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2020.

Selain itu, antara yang turut berada dalam bas yang sama ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Kehadiran ahli parlimen PKR itu disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh para penyokong termasuk kumpulan Otai Reformasi yang ada di perkarangan Istana Negara.

Bagaimanapun setakat 11. 30 pagi ini belum kelihatan ahli-ahli parlimen dari DAP dan Amanah.

Proses sesi temubual bersama YDPA itu dilakukan bagi menentukan jumlah kerusi bagi pembentukan kerajaan baharu selepas kabinet dibubarkan kerana peletakan jawatan tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertindak keluar daripada PH yang menjadi gabungan parti pemerintah sebelum ini.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

TERKINI : Ahli-Ahli Parlimen ‘BN dan Pas’ Naik Bas ke Istana Negara