PETALING JAYA – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak teragak-agak kembali mengadakan demonstrasi seandainya kemelut politik yang melanda negara berpanjangan.
Bersih 2.0 yang mendakwa dianggotai oleh kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun masih lagi memerhati situasi semasa.
Menurut jurucakapnya, Wong Chin Huat, masih terlalu awal untuk menganjurkan demonstarsi ketika ini, sebaliknya berharap akan berlakukan peralihan yang jelas dan lancar.
“Kita belum sampai tahap anjurkan demonstrasi Bersih 6 kerana masih terlalu awal untuk kita buat keputusan pada masa ini, keadaan tidak stabil lagi.
“Tetapi kita tidak akan teragak-agak juga kerana gabungan kita ini adalah suara rakyat, ketika ini mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) kini tidak dihormati supaya habis penggal.
“Rakyat begitu bimbang, resah sejak beberapa minggu ini, jangan paksa rakyat seperti ini. Kerajaan perlu komited dalam menjaga kebajikan rakyat serta ekonomi negara, bukan berpolitik seperti ini.
“Adalah lebih baik untuk tentukan tarikh peralihan kuasa serta penggantinya terlebih dahulu, jika ada pihak tidak suka gunakan PRU-15 nanti.
“Kita perlukan sebuah kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan bukan seperti segelintir Ahli Parlimen diundi rakyat yang kini seolah-olah telah mengkhianati kepercayaan itu,” katanya pada sidang media.
Dalam pada itu, Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, pihaknya menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengundur diri selepas sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November ini.
“Bersih 2.0 tidak kata adalah satu kemestian untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ambil alih tetapi calon Perdana Menteri sepatutnya mendapat sokongan semua parti dalam PH.
“Hormati mandat rakyat dan juga manifesto kepada rakyat sebelum ini,” katanya. -MalaysiaGazette
Itu yang tak betul tu. Pada bersih malaysia ni hanya ada pada satu pihak sahaja. Se eloknya sekarang bersih kena berusaha untuk tunjukkan mereka benar benar bersih dengan membongkar dan mendedahkan siapa perancangan disebalik 1mdb yangf itnah dsnajib. Dok seboknal demonstarsi tu apa hal. Menyusahkan rakyat. BERSIH KONON. Sila hukum tangan ghaib dan kotor. Saya rasa mereka ni berselindung di dalam PH dan mungkin ada dalam Bersih. . Siapa tahu mereka menyamar.