KUALA LUMPUR – “Itu keputusan Pakatan Harapan,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Pakatan Harapan (PH) yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Anwar meninggalkan kediamannya di Segambut pada jam 11.40 pagi bersama isteri beliau yang juga Presiden PH dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beberapa pemimpin gabungan tersebut termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu Tun Dr. mahathir Mohamad awal pagi tadi.
Pakatan Harapan hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Dalam kenyataannya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan dalam kerajaan. – MalaysiaGazette
Kita doakan kemelut politik Malaysia berakhir hari ini…
Bg Non dah kecut teloq
Rakyat sedang dipermainkan oleh pemimpin parti politik..bubar sahaja parlimen biar rakyat yang “menghukum” pemain pemain drama politik ini.
Abng Non, tidak dengar cakap Bini, dah lama kak Wan dan Izaah kenal perangai Tun tidak boleh dipercayai. Kesian Abng Non melopong lagi jadi PM, lebih baik PKR ikut masuk Perikatan Nasional tinggalkan DAP & PAN, confirm Abang Non dapat jadi PM.
Harap YDPA nampak, betapa pemimpin2 7,8 ekor ni, main game dgn amanat rakyat. Kalau x nampak jugak, x tau nak kater.
Smlm lain, hr ni lain, besok tukar lagi. Apa jaminan xkan berlaku mcm ni 2,3 bulan akan datang?
Org2 yg sama juga. Tanyakanlah kpd TDM, knp nak jadi PM8. Mandat dah dapat sebagai PM7, kenapa resign?
Semoga YDPA diberi taufiq dan hidayah utk nampak permainan mereka semua, aamiin…
Malaysian proud of you DSAI…semoga Allah merahmati perjuangan dan pengorbanan Dato Seri.
Bila bercakap berbelit2, tak usah tunggu lama, dalam beberapa minit sahaja boleh berubah2!
Itu sifat orang apa?