Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin beliau mempunyai sokongan majoriti yang mencukupi di Dewan Rakyat dan dengan itu menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Perdana Menteri Interim itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan pagi tadi.

“Saya yakin mempunyai sokongan mencukupi bagi mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

“Dengan itu, saya bersedia untuk menjadi salah seorang prospek calon Perdana Menteri.

“Keputusan ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Dr. Mahathir mengulangi pendirian untuk menentang kerjasama Bersatu dengan UMNO.

Katanya, perkara tersebut telah disampaikan sekali lagi kepada ahli-ahli parti dalam satu mesyuarat semalam di Yayasan Al-Bukhary.

“Malah, saya meninggalkan mesyuarat tersebut lebih awal bagi membolehkan mereka berdebat secara bebas untuk memilih calon yang dirasakan sesuai sebagai Perdana Menteri,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

29 Komen

  1. Come on, be gentleman enough to stay on with your decision made earlier on. You are too old for this type battle. Leave it to the young people. You have over-stayed your period of welcome in politics. I advice you, think about God, the hereafter (akhirat) and the sins you have committed. It is better that you say your repentance now before it too late. Last advice, your tonnes of money, fame, power and even your children cannot follow you to the grave. Enough of power you have tasted. Give chance to others. Let others live and grow and mature as great leaders. You cannot be there for every to take care of Malaysia. May God save Malaysia.

  2. Ada tujuan tu. Siapa dibelakang Tun? Maka mereka nilah yang akan dpt faedah nanti.kalu kira harta dunia rasanya 7 keturunan dah tak habis makan. Dalam Islam kalau minta jawatan maka dgn automatik tak layak pegang jawatan.

  3. Kita semua dah boleh nilai siapa Mahathir kan ? Manusia begini nak dipilih lagi. Dia sudah tidak layak & tidak relevan lagi dengan keadaan negara sekarang. Cukup-cukuplah, ingat kuburlah pulak….

  4. Apa ni, hal akhirat dia pasaipa engkorang sibuk? Allah sahaja yg tahu dosa pahala dia. Macam Tuhan pulak, masing-masing boleh judge kehidupan dan kebajikan orang lain.

  5. What a mess!.
    YDPA,please dissolve the Parliament.
    Tentera perlu ambil alih pemerintahan sementara menunggu PRU15.

  6. Sebagai Org Islam kita patut mendoakan sesama Islam bukan mengeji. Dosa pahala bukan urusan kita , tu urusan Allah SWT.

  7. Saat ini kita akan ingat siapa sebenarnya pengkhianat, siapa sebenarnya pembela. Siapa berpaksikan, berkiblatkan dan dalam dada ada to’kong atau sebaliknya.

  8. siapa yg jadi pemimpin itu yg terbaik. tapi masih berharap tun kembali sbg pm kerana ilmu dan cara kerja tun tiada saingan. Berkhidmat sampai akhir hayat..fisabilillah

  9. Pening nyanyok teruk dah dia ni…
    Sekali dgn puak PH nyanyok gila babi habih..
    Apa pun aku harap 2 ekoq org tua ni dgn anwar dinyahkan dari politik negara.. Depa dua ni buat huru hara negara sejak 20 thn dulu lagi..

  10. Atas faktor usia….dr M….mengalami masalah kesihatan…tak sempat ….manusia cuma merancang… Allah menentukan…

  11. Madey ni tak ada pendirian tetap. Selalu U turn. Dah letak jawatan tapi ubah fikiran nak semula jawatan. Tak boleh pakai Madey nih. Lepaskan lah..bagi orang lain pula jadi PM. Dengki khianat tak habis. Semua orang tak sesuai jadi PM dia sahaja yg.boleh.Dia sahaja yang betul.

  12. Cara kerja Tun tiada saingan? Meroyan ke apa ni? Dialah punca kacau bilau sekarang ni tau. Berapa kali dia dah u turn?

  13. macam nk pindah bulan je rasanya..kt sana tenang..xde tun, xde anwar, xde dap, xde PH…
    Sudah2lah tu bergaduh..dh agong pilih tsmy, ok lh tu , paling lama 3 thn je lg..
    Susah2 sangat, aku nk cadangkn mat sabu je lh jd pm..baru korang tau…

  14. Atok gila kuasa… Masih lg dibuai mimpi… Melayu dh x sokong kamu tua nyanyuk…. Sudah2 lah jd barua DAP… makin lama rakyat makin hilang hormat pd kamu atok dgn sikap yg atuk tunjuk kan… Seolah2 malaysia atok yg punya.ckup lah atok duduk rumah main dgn cucu cicit ja… Atau atik nk oecah kan rekod jadi PM PALING NYNYUK DLM DUNIA..

  15. Inilah orang paling tak malu di dunia… Dh letak jawatan nk ambil semula…. Percaturan yg salah makan diri sendiri balik.. Konon nye agong mngharapkan TUN jd PM semula.. Silap TUN… Rakyat Malaysia mmg tunggu TUN letak jawatan… Maka tamatlah karier TUN.. Takziah tun

  16. tak sabar nak tengok muka mo yang sokong tun jadi pm semula…. samada dia hilang akal atau jiwa penuh rahmatannlilalamin…..

Comments are closed.