Hisham Hamdan

KUALA LUMPUR – Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan telah dikesan positif Covid-19.

Dalam notis dalaman yang dikeluarkan oleh UDA, syarikat itu menasihati mana-mana individu yang berhubungan langsung dengan Hisham supaya menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan, terutama yang mengalami simptom demam panas, sakit tekak dan lain-lain.

Beliau dikatakan telah menghadiri Majlis Apresiasi pada 27 Februari lalu di Hotel Ancasa Kuala Lumpur.

Mereka diminta tidak mendedahkan diri dengan orang lain.

Notis itu turut meminta semua pihak bertenang dalam menghadapi situasi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast