najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Tindakan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang seperti menganjurkan perhimpunan haram merupakan budaya Pakatan Harapan (PH) yang tidak dapat dipisahkan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, apa yang menyedihkan PH telah memanipulasi golongan mahasiswa dan belia untuk terlibat sama dalam perhimpunan itu.

“Pada masa yang sama, di media sosial Twitter kempen membantah perlantikan Perdana Menteri semakin giat dijalankan iaitu #NotMyGovernment dan #NotMyPM yang banyak memuat naik komen berbaur hasutan dan memecah belahkan masyarakat.

“Golongan ini tidak menghormati keputusan Yang Dipertuan Agong yang berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan dan wajar dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya menyeru pihak polis dan pihak bertanggungjawab lain untuk memantau laman media sosial serta mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan haram ini, memuatnaik komen berunsur hasutan dan tidak menghormati keputusan YDPA,” tulisnya di laman Facebook miliknya hari ini.

Sejak kelmarin, rata-rata pemimpin PH dan juga penyokong tegar mereka tidak mempedulikan amaran pihak polis yang melarang individu atau pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beberapa siri aktiviti telah diadakan yang disertai NGO Bersih 2.0 dan tokoh seperti Datuk S. Ambiga, Datuk Marina Mahathir dan pemimpin Amanah, Faiz Fadhil yang dilihat mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kekecohan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ph…budaya perhimpunan haram berpisah tiada…apa nak heran waktu memerintah dulu pun takbur dan sombong….suka memburukkan org lain semata2 menutup aib sendiri..akhirnya hadaplah karma sendiri.

Comments are closed.