Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melambaikan tangan kearah pengamal media diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang selepass sidang media sempena kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Suspek lelaki yang ditahan polis kerana menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Adbullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Facebook sebenarnya menghidap masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan polis terhadap suspek yang ditahan di kediamannya di Perak mendapati mempunyai rekod perubatan masalah kesihatan mental.

“Yang mengejutkan suspek yang ditangkap semalam sebenarnya dia tak sihat dari segi psikologi.

“Dia ada rekod (perubatan) dia..so bahaya dalam situasi macam ini insiden (hina YDPA) ini berlaku.

So saya ambil tindakan tegas mereka yang menggunakan kata-kata mencaci, hasut dan sebagainya,” ujar beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bertindak tegas berlunaskan undang-undang bagi memastikan tiada sesiapa cuba mengeluarkan kata-kata hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Aeron Yee yang ditahan semalam mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan 1948 iaitu kencenderungan menghasut.

Diminta mengulas lanjut mengenai kesihatan suspek tersebut, Huzir berkata, ia akan ditentukan oleh mahkamah apabila dituduh kelak.

“Kalau sebut dia nanti ibu bapa dia akan bising, oleh itu kami tak akan sebut nama dia, tetapi kalau dia sakit mahkamah akan tentukan,” katanya. – MalaysiaGazette

Seorang lelaki tempatan ditahan kerana hina Agong

1 Komen

  1. Mmg lah mental. Kalau x mental, dia x buat mcm tu. Dah ru, nak lepas gitu jer? Kalau mental, sumbat kat Tg Rambutan atau Tamli lah.

    Asal hina Islam, hina Melayu, hina Raja2, mental, OKU… Kesian OKU2 lain… Buat malu OKU jer…

Comments are closed.