Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berharap kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberikan layanan yang adil kepada negeri itu demi kepentingan rakyat.

Chow berkata, kerajaan Pulau Pinang sedia untuk menghadapi suasana atau realiti politik yang sudah berubah dan kembali kepada keadaan sebelum 2018.

Menurut beliau, dalam tempoh 2008 hingga 2018, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang tidak selari dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah berusaha dalam keadaan sedemikian.

“Kami tidak mengharapkan layanan istimewa tetapi layanan yang adil daripada kerajaan Persekutuan kerana peranan dan sumbangan daripada Pulau Pinang kepada kemajuan ekonomi Malaysia.

“Kami berharap apa sahaja keputusan yang dibuat, tidak menjadikan rakyat menderita kerana perubahan politik ini…rakyat berhak yang lebih baik dan Pulau Pinang juga berhak yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, dengan perubahan itu, kerajaan negeri bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.

“Kita masih belum tahu impak (perubahan politik) pada keseluruhannya, sebab kerajaan Persekutuan yang baharu pun belum dibentuk dan kita akan memantau dengan rapi untuk melihat macam mana kita dapat menangani segala isu yang berbangkit akibat daripada perubahan politik ini,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Ko adil ke dulu? Piiiiraaaaahhhh mabok todi. Baru nak soh org adil? Jahanam punya Cina DAP

  2. Harapnya adil dalam siasatan2 mana2 yg tak ikut rule of law, daripada kes2 majlis tempatan berkaitan anjing2 berkeliaran, gerai2 jual babi yg suka2 letak meja makan mcm jalan bapak dia punya, sehinggalah kes2 arak seludup, kes2 judi, kes2 maksiat yg tak habis2. Jangan lupa cari pati china beng yg wujud.

Comments are closed.