KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perdana menteri meminta penjelasan daripada Ku Nan ekoran jumlah hartanya yang mencecah ratusan juta ringgit.
“Hari ini (semalam) kita mendapat kejutan baru mengenai kekayaan luar biasa oleh pemimpin UMNO di Mahkamah Kuala Lumpur.
“Ternyata dibongkar kekayaan yang mungkin mencecah 800 juta ringgit dipunyai oleh mantan menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan).
“Jika benar PM Tan Sri Muhyiddin Yasin berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan, beliau harus meminta penjelasan dari Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor, tentang bagaimana wang begitu banyak dikumpul.
“Dipunggah dari mana, khazanah rakyat mana, tanah negeri mana, saham peruntukan bumiputera yang mana, barulah secara jujur kita boleh menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pejuang hakiki orang Melayu,” ujarnya dalam rakaman video malam tadi.
Justeru, Anwar memohon rakyat membuka mata dan minda untuk menuntut perdana menteri yang baru memberi penjelasan yang saksama dan jangan hanya bergelut untuk memperoleh kuasa tapi tidak memikul amanah.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
SPRM sblm nk siasat ahli umno.. SILA SIASAT ANGGOTA KERAJAAN PH DAHULU… TERUTAMA ANWAR DAN MAHADIR ANAK BERANAK…. melampau2 kaya nya mereka tu…
Menjadi suatu kewajipan ke nak cerita detail terperinci kepada Non atau PM?
sebelum masok politik ku dah kaya. bukan macan che non dan maday. apa cerita. che non punya kekayaan datang dari mana ????