KUALA LUMPUR –  Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) akan mengurangkan kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 5 Mac, 2020 sejajar dengan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia.

BMMB berkata BR dan BFR akan disemak semula sebanyak 25 mata asas, masing-masing daripada 3.56 peratus kepada 3.31 peratus dan daripada 6.56 peratus p.a. kepada 6.31 peratus.

“Ini akan memberi kesan kepada semua pakej pembiayaan kadar terapung yang disandarkan kepada BR dan BFR,” menurut BMMB dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette