Haramain akan ditutup setelah solat Isya dan akan dibuka kembali sebelum waktu solat Fajr (Subuh),

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menutup sementara Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya sementara selepas waktu Isyak sehingga menjelang waktu Subuh.

Ia dilakukan bagi proses pembasmian kuman gara-gara Covid-19.

“Haramain akan ditutup setelah solat Isya dan akan dibuka kembali sebelum waktu solat Fajr (Subuh),” jelas Presiden Pusat Komunikasi Islam Arab Saudi, Faheem H. Alhamid kepada MalaysiaGazette semalam.

Faheem memberitahu, selama waktu penutupan tersebut tidak ada satu orang pun yang melaksanakan solat atau tawaf.

Kenyataan itu juga menjawab berita yang tular di media sosial seolah-olah Kaabah kosong gara-gara Covid-19 sedangkan kawasan itu hanya kosong hanya beberapa jam sahaja.

Sebelum itu, laporan Saudi Gazette berkata, Arab Saudi telah menangguhkan pelaksanaan ibadah umrah termasuk mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.

Ia bukan dikuatkuasakan kepada warga luar malah ia meliputi kepada penduduk tempatan.

Setakat ini, pemerintah Arab Saudi melaporkan tiga warga negaranya telah dijangkiti Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast