KUALA LUMPUR – Meskipun jumlah tanggungan hutang kerajaan bertambah berbilion ringgit, Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan telah bersetuju bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dibuat oleh peminjam yang berpendapatan lebih RM4.000 sebulan sahaja.
Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas dua kali PTPN membuat pembentangan sebanyak dua kali dalam mesyuarat Kabinet.
Bekas Menteri Kewangan itu membuat kenyataan ini ekoran ada dakwaan yang menyatakan pengumumannya mengenai formula bayaran balik PTPTN yang dibuat baru-baru ini adalah kenyataan kosong.
Artikel berkaitan: MoF sudah lulus formula bayaran balik PTPTN tapi tak sempat umum
Jelas beliau, formula itu telah diusahakan oleh PTPTN dan disokong oleh Kementerian Kewangan.
”Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (Kabinet) terakhir untuk pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan yang membenarkan pembayaran balik pinjaman PTPTN dikutip hanya untuk peminjam yang berpendapatan lebih RM4,000 sebulan.
”Malangnya kerajaan Persekutuan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi ini dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ujarnya, sepanjang 21 bulan memerintah, Kerajaan PH berusaha secara berperingkat untuk melaksanakan janji manifesto PH seperti pengurangan pembayaran tol PLUS Bhd untuk Lebuhraya Utara-Selatan sebanyak 18% dan tidak ada kenaikan kadar tol selepas ini. – MalaysiaGazette
Sembang lebih lah lim guan eng.. PH penipu selamanya penipu
Banyak lah susu formula kau lim guan eng…kau minum lah sorang2
Yang peminjam PTPN hendak lah adalah hapuskan hutang, pendidikan percuma sehingga Universiti. Zaman sekarang ada Degree atau sampai PHD hendak dapat kerja pun susah, hendak minta kerja jaga Petrol pump pun payah hendak dapat. Nak tunjuk SPM pun tak laku sebab banyak sangat A dalam sijil.
Masa jd menteliapa pasat talak cakap ini macam, selupa janji sebelum minang pru.. tong kisong saja…
Masa berkuasa tak ada pulak cakap, hancing betul lah apek dApiG ni.
Formula yg.melingkup kan..satu apa pun x jalan yg tau nak salah kan kerjaan bn…ni hang jawap lah apa2 yg belaku spanjang ph merentah .kerjaan baru x masa nak layan pembangkang macam kau.minggu depan kut kes kau dan yg lain2 akan timbul semuala .