Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk melaksanakan janji manifesto untuk membenarkan para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman selepas gaji melebihi RM4,000 sebulan.

Bekas Menteri Kewangan itu mendakwa formula yang diperoleh daripada PTPTN telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN.

Malangnya, katanya, kerajaan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi berhubung perkara ini dibuat.

Susulan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berharap janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman selepas peminjam mendapat gaji lebih daripada RM4,000 sebulan akan ditunaikan, meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan.

Guan Eng berkata, sepanjang 21 bulan yang lalu, kerajaan PH telah bekerja keras menunaikan janji-janji manifesto.

Antara kejayaannya ialah mengurangkan kos sara hidup melalui penstrukturan semula PLUS menghasilkan penjimatan sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan dan pengguna dengan pengurangan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan sebanyak 18% untuk kenderaan persendirian, bas dan teksi serta tiada sebarang kenaikan kadar tol sehingga habis baki tempoh konsesi.

Selain itu, kerajaan PH telah menghapuskan Cukai Barangan dan Jualan (GST) bagi menggantikan Cukai Perkhidmatan dan Jualan.

Tambahnya, kerajaan itu juga berjaya menurunkan kadar inflasi di bawah paras kawalan dari 3.8% pada 2017 kepada 0.7% pada 2019; dan menstabilkan harga RON95 dengan mengurangkan harga syiling dari RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter.

Janji-janji lain yang telah ditunaikan termasuk:

2) Menyediakan perlindungan kesihatan baharu
e. Skim perlindungan kesihatan percuma MySalam bernilai RM2.5 bilion menyediakan bantuan kewangan berjumlah antara RM4,000 hingga RM8,000 secara percuma untuk rakyat Malaysia yang disahkan menghidapi 45 penyakit kritikal dan menerima gaji kurang dari RM100,000 setahun.

3) Meningkatkan ketelusan dalam kewangan awam
f. Penginstitusian tender terbuka di seluruh kerajaan untuk memerangi rasuah dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
g. Pengenalan pelaporan fiskal yang lebih telus melalui pendedahan penuh hutang dan liabiliti kerajaan;
h. Pemudahan peralihan ke arah perakaunan akruan dari asas tunai pada tahun 2021 untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kewangan kerajaan; dan
i. Pembayaran balik GST yang belum dibayar berjumlah RM19.4 bilion.

4) Pengurusan fiskal yang lebih baik
j. Konsolidasi defisit fiskal 3.7% daripada KDNK pada tahun 2018 kepada 3.4% pada tahun 2019;
k. Pengekalan penarafan kredit antarabangsa negara pada paras A- / A3 walaupun perlu membayar puluhan bilion ringgit untuk 1MDB, Tabung Haji dan skandal lain yang berkaitan; dan
l. Penerusan projek infrastruktur utama berikutan penjimatan lebih RM50 bilion hasil daripada rundingan semula dan rasionalisasi kerja-kerja awam terdahulu seperti LRT3, MRT2, Lebuhraya Pan Borneo dan ECRL.

5) Mewujudkan peluang pekerjaan
m. Program #MalaysiaKerja (Malaysia@Work) dengan peruntukan RM6.5 bilion yang akan mewujudkan 350,000 pekerjaan, untuk rakyat Malaysia yang menganggur yang tidak mendapat tawaran pekerjaan selepas 1 tahun mencari kerja, dengan memberi insentif bulanan berjumlah RM500 kepada pekerja dan insentif bulanan berjumlah RM300 kepada majikan untuk tempoh 2 tahun.

6) Pendigitalan
n. Menggalakkan pembayaran digital menerusi penggunaan e-wallet yang inovatif melalui program e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta yang menyediakan wang belanja percuma sebanyak RM30 untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan memperoleh pendapatan kurang dari RM100,000 setahun; dan
o. Peruntukan berjumlah RM28.6 bilion dalam bentuk geran, insentif, pinjaman untuk menyediakan rangkaian jalur lebar dan menggalakkan perniagaan terutamanya PKS untuk menyesuaikan diri dengan ekonomi digital. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Bila kerajaan TSMY nak buka semula kes mahkamah rasuah banglo murah LGE yang sekerat jalan tu?

    Siasat juga orang2 SPRM yang bersekongkol buat2 drama terkejut tempohari?

  2. Setelah di “tendang” baru nak berbunyi tang hal nie. Selama dua tahun di situ, kau buat apa. Nak suruh rakyat menyesal?

    Rakyat lebih bahagia DAPtiada lagi dlm kerajaan.

  3. Guan End….
    Temberang tipu lg kencang bagai record sebelum pru14 serupa mmg serupa hidung kemik kulit kemerahan tiada beza…. jika menang nanti tipu lg dan pusing kini bukan tertinggal tp “tertambah” nombor pulak dahhhh..
    Masiih kecing merata-rata lg ke?

  4. kesian.. dah kena tendang baru keluar lah segala .. utk rakyat.. mandat rakyat.. saguhati rakyat.
    puihhh… ingat rakyat ni vongok sangat ke..

Comments are closed.