KLANG – Baru dua minggu tidak lagi berada dalam satu kem, nampaknya Saifuddin Nasution sudah mula ‘mendedahkan’ cerita-cerita tentang bekas rakan seperjuangannya di dalam Kabinet sebelum ini.
Menerusi pentas siri Jelajah Pakatan Harapan yang berlangsung di Sri Andalas di sini, malam ini, Setiausaha Agung PKR mempersoalkan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menggalas jawatan Perdana Menteri sedangkan beliau merupakan seorang pesakit kanser.
Katanya, Muhyiddin merupakan pesakit kanser yang baru saja pulih dan masih lagi perlu menjalani rawatan seterusnya.
“Saya kasihan dengan beliau (Muhyiddin) sebab kalau sebulan mesyuarat Kabinet empat kali setiap hari Rabu, beliau datang satu kali sebulan, lagi tiga minggu beliau cuti sakit.
“Beliau seorang pesakit kanser, beliau menjalani satu kali rawatan, beliau baru saja pulih,” katanya.
Saifuddin turut memberitahu, beliau masih ingat, Ahli Parlimen Pagoh itu sering mengambil cuti sakit ketika berada dalam Kabinet hingga pernah datang untuk menghadiri mesyuarat hanya sekali dalam sebulan.
Ujarnya, beliau tidak pernah terfikir bagaimana seorang pesakit kanser seperti Muhyiddin boleh memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sedangkan jawatan itu penuh dengan segala macam tekanan.
Dalam pada itu Saifuddin turut menegaskan bahawa Muhyiddin perlu berdepan dengan beberapa perkara selepas ini ekoran pengkhianatan yang dilakukan.
Siri jelajah Pakatan Harapan yang diadakan pada malam ini merupakan kali pertama diadakan di Selangor selepas PH tumbang pada 21 Februari lalu.
Antara pimpinan PH yang hadir pada siri jelajah berkenan iaitu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiuasaha Agung Publisiti DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. – MalaysiaGazette
tahniah TMY pm ke 8 , rakyat doakan semuga sihat selalu dan diberi kekuatan untuk me mimpin nalaysia . Selamat sejahtra malaysia.
Orang yang nyayuk pun boleh jadi PM, dan orang yang bongkok sakit belakang pun nak jadi PM. Dunia hari ini siapa-siapa pun boleh jadi PM. Yang tak sekolah pun rakyat boleh lantik jadi PM asal yang penting jaga rakyat. Jangan bagi alasan sejuk dan tiada masa nak datang parlimen.
Ahli parlimen KERAjaan PeeH tak dtg sidang parlimen tu sakit apa lak saipudin oiii 🙂
SaiFOOLdin ni penipu kot…. Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan End saudaramaranya Teresa Kok, Nga Kor Meng, Nga Kor Ngeh Siew Sim ramai lg MP DAP berkaitan keluarga tidak pernah pun kutuk kes ini sebagaimana kes tidak hadir MP Tuan guru Hj Hadi, tu MP Nandek Gilotong pun bisu tidak melalak PM Muhyidin tidak hadir… Fooldin ni pilih pilih waktu yerrr…. cari kreditlah tu..
Tok sah dok peburuk orang. Malu la kat muka sendiri….Sampai bila nak jadi camnie bang….
Warga PH kembali aktif dalam bidang yg mereka betul2 pakar; mengadu domba, tabur fitnah, mengumpat dan yang seangkatan dengannya. Selamat kembali PH!!
Woi Saipudin..harga teloq dan bawang bawah hang duk mencanak mahal badigol..hang tu tau jaga teloq hang jer..mmg layak hang ni jd menteri membawang!
didalam sakit berbuat lah banyak kebaikan untok rakyat dan negara. semoga dengan kebaikan itu dosa merampas kuasa akan terampun oleh rakyat.
Anjing kurat sudah myalak sudah..ko rakyat tak akn lupa fitnah yg ko buat pd tan sri khalid ibrahim dulu..smpai jatuh mb slngor..krna ko..mmg ko ni pcacar lh..pjahat pling bodoh kn mlysia…org gila je pcya ckp ko..org bodoh mcn ko je pcya nya.
Seronok lah mengata orang, diri sendiri tu specis hampir pupus. Allah SWT laknatkan lah orang seperti ini supaya menjadi pengajaran kepada yang lain. Inn Sya Allah. Allahhuakhbar.
Itu dah ketentuan Allah dan rezeki dia untuk menjadi seorang perdana menteri ajal maut ni kerja Tuhan..yang duduk di atas wheelchair pun boleh menjadi seorang perdana menteri..terima lah kalau dah rezeki kita setakat itu.