Gambar hiasan

MELAYU adalah satu bangsa yang kaya budi bahasa. Kalau marah pasti berlapik dan kalau benci pasti berkias. Kalau memiliki pasti dikongsi. Kalau gembira sering buat kenduri.

Namun setelah lebih 60 tahun merdeka, ada orang dan bangsa terus menyerang bangsa Melayu habis-habisan, tanpa henti, tanpa rasa bersalah.

Tanpa segan silu di luar sana Melayu terus dibandingkan dengan bangsa lain yang kononnya jauh lebih baik.

Sudah biasa didengar bahawa Melayu itu sifatnya pemalas, ambil rasuah, suka pecah amanah, suka berfoya-foya dan segala perkara buruk lain.

Sedangkan bangsa lain dipuji-puja sebagai cerdik, pandai, rajin, berdisiplin, hebat berniaga, pemangkin ekonomi negara dan segala yang baik-baik sahaja adanya.

Lebih mendukacitakan apabila ada segelintir pemimpin dan orang Melayu sendiri mencanangkan akan keburukkan bangsa Melayu. Malang sungguh mereka berbangsa Melayu.

Mungkin niat mereka mahu melihat Melayu berubah tetapi tanpa sedar apa juga perkara yang disebut berulang-ulang kali pasti dianggap benar.

Benarkah Melayu Begitu Buruk

Ada Melayu malas, itu benar. Ada Melayu ambil rasuah, itu benar. Ada Melayu pecah amanah, itu benar. Ada Melayu suka berfoya-foya, itu benar.

Sebenarnya selagi bernama manusia tanpa mengira bangsa, pasti ada jeleknya.

Tapi tidakkah mereka yang terus menghina bangsa Melayu itu sedar bahawa ada bangsa lain yang jauh lebih hina dari bangsa Melayu.

Ada bangsa itu, terkenal sebagai perasuah tegar. Ada bangsa itu, terkenal sebagai penindas kejam kepada golongan pekerja. Ada bangsa itu, terkenal suka berfoya-foya hingga meragut nyawa manusia tidak berdosa dijalan-jalan raya.

Lebih teruk lagi, ada bangsa itu, terkenal sebagai kepala samseng, kepala pengedaran dadah, kepala aktiviti pelacuran, kepala aktiviti ekonomi gelap dan berbagai lagi.

Tetapi mengapa keburukkan mereka tidak pernah disebut oleh orang Melayu?

Sebab orang Melayu itu bangsa beradab dan ada hati budi. Melayu itu bangsa beragama. Kalau buat dosa sebesar mana pasti dia menyesal dan jika mampu pasti mahu ke Baitullah untuk mohon ampun pada Tuhannya.

Demi Maruah Bangsa

Untuk itu sedarlah bangsa Melayu. Kita tidak seburuk yang mereka kata. Benar kita ada kelemahan begitu juga dengan bangsa lain.

Namun demi maruah bangsa kita, berubahlah. Jadilah Melayu yang elok ibadahnya, rajin berMusaha, padu disiplin, jitu integriti dan segala sifat yang baik.

Sesungguhnya mereka yang menghina bangsa Melayu itu lupa bahawa bangsa kitalah yang mempertaruhkan nyawa menjaga keselamatan negara siang dan malam hingga mereka boleh tidur lena dan hidup kaya raya.

Bangsa kitalah jugalah yang mendidik anak-anak mereka di sekolah dan universiti hingga menjadi orang berjaya.

Bangsa kitalah jugalah yang tekun bekerja di perusahaan mereka hingga mereka boleh jadi jutawan dan hartawan.

Tapi mereka mana ingat itu semua kerana mereka tidak melihat kita sebahagian daripada mereka. Mereka bukan bangsa yang tahu berterima kasih dan bukan bangsa tahu mengenang budi.

Bersatulah Melayu

Dalam keperitan meneruskan kelangsungan hidup, janganlah kita sesama bangsa terus berseteru.

Pemimpin Melayu, sudah-sudahlah bermusuhan dan ‘berbunuh-bunuhan’. Ingatlah jika menang jadi arang, kalah jadi abu.

Pemimpin Melayu jangan juga jadi bodoh sombong. Menang sorak tapi kampung tergadai.

Buatlah sesuatu yang membanggakan anak bangsamu iaitu bermaaf-maafan, saling bekerjasama dan di masa sama terus melangkah.

Jangan musnahkan masa depan anak cucu kita dengan percaturan yang salah. Jadilah pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanahairnya.

Teruslah berjuang bangsaku. Marilah kita buktikan yang bangsa kita mampu menjadi bangsa kelas pertama suatu hari nanti.

Kepada mereka yang terus menghina Melayu, ingat yang hinaan kalian tidak akan melemahkan kami malah kami akan jadi lebih kuat, lebih bersatu dan lebih berjaya suatu hari nanti.

Mari kita buktikan yang kita bukan sehina yang mereka sangkakan malahan kita boleh menjadi bangsa kelas pertama yang terbaik di dunia. Selamat maju jaya bangsaku. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Sudah sudah lah dr m. Kami rakyat dan orang melayu ni dah naik melyat dengan kamu. Tak sedar diri tua dan muka tak tau malu masih nak jadi ketua. Elok lah ikut tabhligh mana tau boleh dapat hidayah. Kami rakyat tak suka kamu sebab kami dengar tentang kekayaan kamu san anak anak menunjukan kamu lebih kleptokrat lagi berbanding orang lain dan tentunya kamu lebih banyak ada salah guna kuasa. Entah entah gubah wang haram pun ada. Tak payah nak tunjuk malaikat sebab kalau dah orang politik tu semua tak ada bezanya. Kami tunggu masa untuk dengar giliran kamu masuk kandang saksi kalau ada rezeki

  2. orang melayu kalau mengaku islam. kalau ada membuat pahala. jagalah supaya ia tidak hilang. dan kalau mengaku ada tuhan. jagalah supaya tidak bersekutu dengannya.

  3. Beri lah apa sekali alasannya – pendakwaan politik ker, pendakwaan terpilih ker atau sebagainya…..bukan saja di Msia tapi dunia semua tahu bahawa Presiden dan Bekas Presiden UMNO sedang dibicara di mahkamah. Dan jika tiada keputusan AG untuk memberhentikan pendakwaan, maka mahkamah akan meneruskan tugasnya serta membuat keputusan di akhir perbicaraan nanti.

    Untuk melihat UMNO sebagai sebuah parti politik yg bersih dan berintrigiti dan di pandang mulia serta dihormati disisi masyarakat keseluruhannya, sudah tiba masanya agar ahli2 parti berani membuat perubahan dengan mengwujudkan klusa di dalam perlembagaannya “MANA-MANA PEMIMPIN YANG TERLIBAT DI DALAM KES-KES MAHKAMAH, MAKA KEAHLIANNYA HENDAKLAH DILUCUTKAN DAN AKAN DIPERTIMBANGKAN SEMULA SELEPAS SELESAI PERBICARAAN”.

    Susah kah itu?….

    UMNO banyak jasa kepada umat melayu dan negara keseluruhannya. Untuk itu semua pihak harus berlapang dada dan tidak membiarkan badan ini terumbang-ambing oleh isu2 seperti ini…… agar UMNO dan bangsa Melayu dihormati dan disegani.

Comments are closed.