Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Polis telah selesai mengambil keterangan semua saksi yang berkaitan dengan kes usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa memukul anak angkatnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), esok.

“Kertas siasatan sudah lengkap dan dijangka diserahkan kepada TPR esok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Pada 28 Febuari lalu Aliff didakwa memukul anak angkatnya, mendorong pembantunya membuat laporan polis.

Usahawan tersebut ditahan pada ada 5 Mac lalu namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Manakala anak angkatnya diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara.

Berdasarkan maklumat pengadu, usahawan kosmetik itu memukul anak angkat yang berada di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk publisiti.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast