TERKINI : Jemaah ‘Tabligh’ Tampil Buat Saringan Kesihatan – Dr Adham Baba

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu kepada semua ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu agar membuat saringan kesihatan.

Menterinya, Datuk Dr Adham Baba berkata, mereka terbabit boleh menghubungi pihaknya atau datang sendiri ke 57 hospital di seluruh negara bagi menjalani saringan kesihatan daripada Covid-19.

“Saya merayu kepada semua yang pergi ke perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling supaya tambil untuk kita membuat saringan dan kita akan cuba sedaya upaya untuk memberi mereka keselesaan.

“Dalam negara ada 57 hospital yang boleh buat saringan, kita ada 12 hospital yang ada makmal lengkap beserta rawatan sekali,” katanya pada sidang media di Institut Latihan KKM Sungai Buloh hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast