Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) dan Biro Politik UMNO bersetuju menganggap kerajaan yang ada hari ini adalah perikatan antara ahli parlimen bukan kerjasama antara parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia diputuskan dalam kedua-dua mesyuarat yang diadakan hari ini.

“UMNO akan terus main peranan semak dan imbang dan menegur kerajaan ini selari dengan kedudukan UMNO sebagai suara hati orang Melayu khususnya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, MT UMNO hari ini mengemukakan enam tuntutan kepada Kabinet baharu Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, keenam-enam tuntutan itu demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO kemuka enam tuntutan kepada Muhyiddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Cuma yg mampu utk bercakap ialah… Waspapa dn ingat2 senantiasa…. ‘jangan kena games dgn sandiwara WAYANG TINGGI PRODUCTIONS…..

Comments are closed.