Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini mengemukakan enam tuntutan kepada Kabinet baharu Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, keenam-enam tuntutan itu demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara.

Antara tuntutan itu agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan dengar kadar segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala tuduhan salahlaku dan penyelewengan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan BN dan Pengurusan Tabung Haji terdahulu.

PN juga dituntut agar menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuklah Tabung Haji, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Demi memenuhi prinsip Rule of Law yang sebenar, UMNO mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH dibuka semula, ini termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuhraya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM 6.3 bilion.

“Keempat, menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan yang menyayat hati melibatkan anggota bomba, Allahyarham Adib,” kata Ahmad Zahid dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini.

Dalam pada itu, UMNO turut menuntut agar kerajaan membatalkan agenda kerajaan PH untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Zahid berkata penubuhan IPCMC itu sengaja mahu mengongkong dan mengekang tugas dan tanggungjawab pihak Polis DiRaja Malaysia.

Terakhir, UMNO menuntut agar kerajaan membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. TUNTUT JUGA SIASAT PENYELEWENGAN MENTERI KABINET BN YG BELUM DIBAWA DIKEMUKAKAN KE MAHKAMAH
    ZAHID DIINGAT JANGAN MELAWAN TUAN YANG DULU ADALAH MENTERI DALAM NEGERI, LAGAKNYA MACAM PERSOALKAN MENGAPA TSMY TAK MENYIASAT KES ADIB SAMPAI KE LUBANG CACING
    ZAHID DIMINTA JANGAN LUPA MASA IPCMC TAK ADA DULU SEORANG MENTERI BEBAS MEMUKUL BOY FRIEND ANAK MENTERI TERSEBUT? KALAU IPCMC DITARIK BALIK APAKAH JAMINAN POLIS BEBAS MENYIASAT?

  2. Kita janganlah dok fitnah sana sini. Yang bagusnya diambil yg takelok pm tepi..dibincang Baik2. Fitnah n mengata nie politik zaman jahiliah, kita bukan Tuhan/Allah nak hukum2 orang. Sapa2 berdosa dia tanggunglah dosa dia di Akhirat.

  3. Sebagai president umno yg bertanggungjawab, dia harus meletakkan jawatan selaku presiden kerana dia masih dlm perbicaraaan kes mahkamah yg belum selesai. Kalau presiden sendiri ada kes mahkamah, bagaimana nak kemudi parti?? Dia umpama nila setitik yg sedang merosakkan susu sebelanga sebenarnya.

Comments are closed.