Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusoff bercakap pada sidang media Majlis Perasmian Malaysia Travel Fair 2020 di World Trade Centre Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 13 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan (TRAC) akan mengadakan pertemuan semula dengan pemain industri bagi membincangkan perkembangan terkini wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, pertemuan yang bakal diadakan dalam masa terdekat itu akan dijadikan sebagai platform untuk mendapatkan maklum balas daripada pemain industri selepas pengumuman pakej rangsangan ekonomi.

Ujar beliau, pertemuan tersebut juga membabitkan cadangan penambahbaikan program kementerian itu bagi membantu penggerak industri berkenaan.

“Mesyuarat Kabinet sebelum ini diminta kita melihat semula, jadi kita dalam peraancangan mengadakan pertemuan seterusnya dengan menteri kita yang baru (Datuk Seri Nancy Shukri) dan juga untuk berjumpa pemain industri.

“Kedua melihat apa lagi program tambah baik untuk memastikan kita dapat membantu lagi industri,”katanya pada sidang media pada majlis Pelancaran Pameran Pelancongan Malaysia (MTF) hari ini.

Tambah beliau, beberapa perkara semasa seperti sekatan kemasukan pelancong juga perlu diambil kira. MalaysiaGazette